Wednesday 24 April 2013

Percutian ke Hatyai & Songkhla Part II

Setelah mendapat tidur yang selesa dan tenang malam tadi bangun je dapat hadiah pemandangan bandar Hatyai yang tenang....
pemandangan pagi yang mendamaikan dan sangat tenang rasa mcm tak nak balik KL je....We have 1 more day to enjoy our holiday trip..hari ni kt ke songkhla... apa-apa pun jom g breakfast dulu...kul 8.30 pagi baru turun ke bawah untuk cari makan..atas permintaan isteri tersayang on the Tut-Tuk one more time anak-anak pun seronok naik benda tu....
seronok betul si aiman ...ok la janji all person enjoy the trip...sementara nak tunggu tut-tuk kt bergambiran dulu la ye...perut pun dah ada bagi hon ni....
semua excited dgn gajet masing-masing huh....alhamdulilah roti canai ada disini walaupun 3 keping roti kosong harganya hampir 100TB..janji dapat memenuhi selera mereka berdua ni..kita orang soru kat hamid restoran...kalau ko org baca mana-mana blog pun ni la tempat wajip pg makan...makanan ok memang sedap..

kembali ke hotel untuk ambik keta dan on the car ke songkhla akuarium...
perut sudah kenyang jom kt jalan-jalan di songkhla....
ni la yang syok kalau drive @ ride di jalan thailand...toll xde jalan cantik cuma U Turn dia bersepah-sepah so kena hati-hati sikit.
akhirnya sampai jugak kat sini....
'wah cantiknya fish' memang excited giler dua beradik ni tengok ikan...


alamak dia dah dapat kawan baru...perbezaan bahasa tidak menghalang mereka bermain bersama...
mula-mula masuk lagi dia dah mintak nak ambik gambar dengan ikan paus purpel ni...
rasanya x lengkap kalau tak ke sini..janji dah sampai...dkt kepala naga ni...ekornya kat tempat lain...
lebih kurang 15 minit je stop kat sini just for pic je lg pun cuaca panas...let go to samila beach....
on the poney ride to puteri duyung....

sampai gak anak kau kat puteri duyung ni..naik kuda padi pun takut...huhhh...janji selamat sampai nanti dah besar kt on the bike sama-sama...
hai dia dah start buat perangai dah nak main pasir...sesekali boleh le papa xnak spoil mood ko orang nak bercuti....
dan lagi.....
tgh2 panas ni la dia nak main layang2 layankan je sbab datang pun nak bagi dia orang free mana yang boleh ikut....follow je....
wah tingginya layang2 aiman ..yg colourfull tu...memang syok angin sepoi2 bahasa ni..forging time pekena 7-8 batang malboro siam dulu lama tu nak tunggu dia orang bosan.
jom kita blah dulu kt g usha2 feri plak naik feri yang aku jumpa masa balik dari koh samui dgn motor tu anak aku memang suka naik feri and kt layan jambatan terpanjang di thailand.....
'
"aiman.....tengok kapal tu"
la tido pulak dia......
panjang jugak la jambatan ni..aku pun x tau apa namanya..terus balik hotel ini malam kt ke floating market..kasi rest dulu la....
lebih kurang kul 6 ptg waktu malaysai gerak ke khlong hae floating market....
ni la keadaan di awal perjalanan floating market...mana floating marketnya????ni mcm pasar malam.... sabar ni baru kepala dia.depan je jalan skit.....
makan time...macam2 ada kat sini...
selepas soru baik punya kami pun balik hotel....sini pun ada tanda halal so berhati-hati lah memilih....kebanyakan halal...malam kasi rest betul-betul lepas breakfast esok kita akan berangkat pulang ke tanah air tercinta....

ni la tempat breakfast kami breakfast hotel memang xde dalam pakej sebab ada keraguan sikit pasal tahap halal diaorang. so better makan kat sini kompem halal. lepas breakfast kt orang terus cekout on the car to sadou...
kat sini pun ada geng basikal jgk..
pagi-pagi ni biasa la lepas bfast singgah stesen minyak dulu..bukan isi minyak tp buang minyak hehehehe....tandas dia org mmg tip top condition....selera nak pg tandas tu ada mari la sikit...cuba tengok betul2 muka anak aku tu ...lega beb....sebut bab minyak ni baru aku ingat make sure ko orang isi minyak penuh2 kat cangloon sebab kat thailan minyak dah xde subsidi tau.mahal la sikit kalau setakat g hatyai & songkhla memang lepas la kalau xsesat.....
akhirnya sampai jgk ke border 
'welcome to malaysia' alhamdulilah trip kali ni wife happy, anak2 pun happy,aku berganda-ganda hapinya melihat diaorang happy..anak2 pun diberi kesihatan yang sihat sepanjang berada di sana..orang rumah pun macam dah suka overland ni so plan2 kayuh la next trip mesti atas sikit la dari hatyai @ songkhla....krabi ke koh samui ke.....ok sampai disini saja dalam malaysia x menarik sangat macam ko orang pun dah biasa...


kasi belanja u all video ni........

http://www.youtube.com/watch?v=tb_7k_JNEOE







Monday 22 April 2013

Percutian ke Hatyai & songkhla I

Percutian bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat di nantikan oleh bapa macam aku ni. Bapa mithali hehehe...kali ni ada sedikit kelainan aku bawak wife dan anak-anak overland ke hatyai & songkhla..selalu naik motor ni dgn family..Pada mulanya aku pun agak ragu-ragu jgk la nak bawak dia orang masuk ke tanah gajah putih ni..persediaan awal di buat seawal 2 minggu sebelum bertolak.memastikan jalan-jalan yang akan di gunakan. Booking hotel tempat-tempat menarik yang akan dilawati. Perjalanan bermula seawal jam 6.30 pagi dengan anak-anak pun aku angkut time tido je. Isi minyak kat Shell jalan duta & beli makanan utk alas perus aku dan wife. Perjalanan sehingga R&R sungai perak.
Anak- anak pun dah bangun so soru time & mandikan Aiman & amani. makan + main +main game + mandi dekat 1 jam 30 minit jgk la kita org stop kat sini..so on the car time.
bila dah on the car macam-macam la......

so drive sampai R&R Gurun untuk lunch buat insurance thai dan tukar duit. soru time orang paling selera makan tu ha aiman hakim..aku xde selera selagi x masuk thailand dengan selamat..gerun gak beb nak masuk thai ni maklumlah kalau bawak moto, aku ni dah macam marshall la... kena pastikan semua rombongan cik kiah ni sampai dengan selamatnya..yang lagi 3 jejak kaki pun xpenah..
lebih kurang kul 2 petang waktu malaysia kita orang sampai di sini...susah gak nak suruh anak aku ni beratur mengikut 'BARISAN NA.....ops barisan nak PANGKAH PAS  cop pasport..aihhhh kuat sungguh pengaruh PRU13 kali ni .hope sapa yang menang nanti dapat lakukan tugas demi bangsa, negara dan agama,yg kalah pun kena la mengkritik dengan berhemah supaya rakyat dapat yang terbaik dari pihak kerajaan .op sory back to our story.'welcome to thailand' selalunya dengan geng motor tp kali ni aku dengan family. lepas selesai semua tu shoot terus ke hatyai untuk check in anak-anak pun macam dah letih je....
ni la hotel yang kita orang duduk ok la parking ada senang keluar masuk...staff pun ok la xde masalah bahasa.
view from our room...so rest kejap mandi manda dulu makan apa yang ada...1st thing aku nak bawak my family naik tut-tuk...layan............dalam kul 5.30 ptg kt org keluar...
so ke lee garden naik tut-tuk..jalan kaki pun boleh tp saja nak naik 'lori' kata anak aku..

jalan-jalan sekitar lee garden..nak masuk dalam masih di kawal ketat oleh pihak polis thailand...
mcm mana gambar ni boleh ada so xyah la ku terangkan paham-paham saja la.....
keluar dari lee garden je aik dah malam...time to get rest..
tapow dulu makanan untuk diner bukan apa anak-anak dah merengek nak balik hotel maklum la semua dah dapat bukan main ngantuk la letih la mcm-mcm alasan dia orang.

ni la sebenarnya x sabar nak main mainan yang aku kena pow td..kalau nak bawak anak2 mmg mcm ni la xleh ada jadual yang ketat, untuk keselesaan kita dan anak-anak.anak ok kita pun enjoy...mata mcm nak tdoh dah tu.so story the mory  esok kita sambung esok je la tido time....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz